Wednesday, March 31, 2010

Selamat Datang!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah agak lama berkira-kira nak wujudkan suatu alam maya buat Lujnah Penerangan dibawah Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, akhirnya hari ini (31 Mac 2010/Rabu) akirnya tercapai jua. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
InsyaAllah, sekarang unit penyiaran merangkap wartawan2 Lujnah Penerangan masih dlm proses mencari bahan.. Hehe.. bahan takde, tapi nak jugak buat blog. Bukan takde, ade.. Insyallah.. cuma blom bersusun, blom dikumpul di suatu tempat lg. Insyallah dlm sikit masa lagi akan cantiklah blog ni dengan pelbagai bahan
Harapannya, semoga segala yang diusakan tidak akan tersia-sia begitu sahaja. Segala manfaat yang dapat diperolehi, silakan untuk berkongsi bersama-sama. Benda/Perkara yang baik haruslah kita sama-sama kongsikan.

Akhir kata;

.:Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)
Riwayat al-Bukhari dan Muslim:.

.:Selamat Berjuang:.

.:Selamat Berjuang:.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Modern Warfare 3